KUALA LUMPUR 21 April - Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Foundation Negeri Sembilan bakal menampilkan persembahan yang diberi nama 'Kadhambari' di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) pada 26 dan 27 April ini.

"Orang ramai yang berminat untuk menonton persembahan berkenaan boleh mendapatkan tiket dengan harga yang berpatutan iaitu RM 20 bagi tempat biasa manakala RM50 untuk VVIP.

"Selain itu, pihak kami akan memberi diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya," menurut laman web tersebut.

Untuk mendapatkan tiket, orang ramai boleh menghubungi talian 018-3565363 (Unique) atau 03-26148200 (JKKN). - UTUSAN ONLINE